Jumaat, 8 April 2016

MAJLIS PERPISAHAN PUAN RITA

Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan....
Intai kami..antara nampak...esok jangan rindu-rinduan...begitulah dendangan Cikgu Faizin merangkap pengacara majlis pada hari ini istimewa buat Kak Rita.
Warga SK Malawa hari ini meraikan Puan Rita sempena perpindahan beliau ke SK Kolombong. Semoga persahabatan berkekalan.












Rabu, 6 April 2016

Mesyuarat Agong PIBG (Pembubaran dan Pelatikan AJK 2016)

Mesyuarat Agung PBG telah dijalankan pada hari Sabtu 2 April 2016. Kedatangan ibubapa amat menggalakkan. Pelbagai perkara telah dibincangkan pihak SKMalawa bersama ibubapa.






Selasa, 5 April 2016

DIALOG PRESTASI LINUS LBM, NUMERASI & LBI (TAHUN 3)

Dialog Prestasi Linus ini telah dikendalikan oleh Timbalan PPDKK, Encik Suhaimi dan rakan sepasukan beliau yang terdiri daripada pegawai Fasilinus LBM, LBI dan Numerasi. Fokus utama dialog ini adalah kepada murid-murid yang masih belum mencapai Konstruk 12 di dalam saringan Linus. Perkembangan murid-murid tersebut menjadi agenda utama di mana segala aspek dibincangkan untuk mencapai solusi yang terbaik. 


Isnin, 4 April 2016

PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA

Program Membaca 1 Malaysia telah dijalankan pada ketetapan yang sama seluruh Malaysia, iaitu pada jam 10:00 pagi, setiap murid dan setiap guru di seluruh negara menjalankan aktiviti bacaan secara serentak selama 10 minit. Semua guru dan murid-murid SK Malawa telah turut serta menjayakan program.







Khamis, 4 Februari 2016

Program Transisi & Orientasi Tahun 6 2016

Program Transisi dan Orientasi adalah bertujuan untuk membantu murid-murid menghadapi perubahan pendidikan ke arah yang lebih cemerlang. Dalam masa yang sama program ini dapat memastikan semua murid memulakan proses pembelajaran tanpa kejutan tanpa kejutan terutama format baharu dalam peperiksaan UPSR 2016.


 Program ini telah dijalankan pada 5 Febuari 2016 bermula dengan amanat Guru Besar Cemerlang diikuti dengan taklimat UPSR, Penetapan Matlamat dan Taklimat Disiplin.

 




Ahad, 31 Januari 2016

Pertandingan Bola Jaring

Pihak sekolah telah menghantar 15 orang murid ke pertandingan bola jaring peringkat Kota Kinabalu bertempat di Borneo Sport Arena Kolombong pada 28 dan 29 Januari 2016. Pasukan sekolah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Syabas dan tahniah kepada pasukan sekolah dibawah bimbingan Cikgu Suraya, Cikgu Latifah dan Cikgu Jaipi.

Pertandingan Sepak Takraw Daerah Kota Kinabalu

Kejohanan Sepak Takraw peringkat Daerah Kota Kinabalu telah diadakan di Gelanggang Perpustakaan Negeri Sabah pada 26 dan 27 Januari 2016. Pihak sekolah telah menghantar satu pasukan terdiri daripada 5 orang murid lelaki. Pasukan sekolah telah berjaya mendapat naib johan peringkat kumpulan. Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah yang telah dibimbing oleh Cikgu Sallehudin dan Cikgu Sanizan.