Ahad, 31 Januari 2016

Pertandingan Bola Jaring

Pihak sekolah telah menghantar 15 orang murid ke pertandingan bola jaring peringkat Kota Kinabalu bertempat di Borneo Sport Arena Kolombong pada 28 dan 29 Januari 2016. Pasukan sekolah berjaya melangkah ke peringkat suku akhir. Syabas dan tahniah kepada pasukan sekolah dibawah bimbingan Cikgu Suraya, Cikgu Latifah dan Cikgu Jaipi.

Pertandingan Sepak Takraw Daerah Kota Kinabalu

Kejohanan Sepak Takraw peringkat Daerah Kota Kinabalu telah diadakan di Gelanggang Perpustakaan Negeri Sabah pada 26 dan 27 Januari 2016. Pihak sekolah telah menghantar satu pasukan terdiri daripada 5 orang murid lelaki. Pasukan sekolah telah berjaya mendapat naib johan peringkat kumpulan. Tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah yang telah dibimbing oleh Cikgu Sallehudin dan Cikgu Sanizan.


Jumaat, 29 Januari 2016

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2016

Majlis Penutupan Program Transisi Tahun 1 2016 telah berlangsung di Dewan Sekolah SK Malawa pada hari Jumaat 29 Januari. Majlis ini dihadiri oleh para ibubapa dan telah diserikan dengan aktiviti tarian tradisional oleh penari cilik Tahun 1 di bawah pimpinan Cikgu Suhana. Acara kemuncak majlis ini adalah penampilan istimewa karakter superhero Iron Man yang telah ditaja oleh ibubapa murid Tahun 1.







Sabtu, 23 Januari 2016

Pertandingan Bola Tampar

Seramai 24 orang murid terdiri daripada 12 murid lelaki dan 12 murid permpuan telah menyertai pertandingan bola tampar peringkatt daerah Kota Kinabalu bertempat di Kompleks Sukan Likas pada 21-22 Januari 2016. Wakil lelaki telah menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan tempat ketiga manakalan wakil perempuan pada kedudukan keempat. Syabas dan tahniah kepada wakil sekolah dan guru pengiring Cikgu Norbert, Cikgu Erwan dan Cikgu Syalasiah. Usaha lagi untuk tahun hadapan.







Sabtu, 16 Januari 2016

SK MALAWA JUARA!



SK Malawa telah menjadi juara keseluruhan Kejohanan Merentas Desa MSSD Kota Kinabalu bagi kategori sekolah rendah. Pihak sekolah telah menghantar 12 orang peserta terdiri daripada 6 murid lelaki dan 6 murid perempuan. Pasukan lelaki menjadi johan pasukan manakala pasukan perempuan mendapat tempat ketiga. Tahniah kepada wakil sekolah yang telah di bimbing oleh Cikgu Redzuan dan Cikgu Erwan. Semoga SK Malawa akan terus cemerlang.






Khamis, 14 Januari 2016

LARIAN MERENTAS DESA SK MALAWA 2016

Larian Merentas Desa yang julung kalinya dilaksanakan oleh Bahagian Ko-Kurikulum SK Malawa telah diadakan pada 15 Januari 2016. Peserta terdiri daripada murid-murid Tahap 2. Para peserta telah dilepaskan oleh Guru Besar Cemerlang SK Malawa, Encik Judin Diana. Kategori lelaki telah dimenangi oleh adik Riknol Jupinas dari pasukan Rumah Merah manakala bagi kategori perempuan telah dimenangi oleh adik Kyra Adriana dari pasukan Rumah Biru. Tahniah kepada semua peserta dan ahli jawatankuasa yang terlibat.



Guru Besar Cemerlang, Encik Judin Bin Diana melepaskan para peserta.



Pemenang bagi kategori lelaki dan perempuan bawah 12 tahun.







Selasa, 5 Januari 2016

Hari Pertama Persekolahan Sesi 2016









      Sesi hari pertama persekolahan sesi 2016 meriah dengan kehadiran ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah. Semoga sesi persekolahan 2016 akan berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan yang telah dirancang.