Jumaat, 8 April 2016

MAJLIS PERPISAHAN PUAN RITA

Tuai padi antara masak..esok jangan layu-layuan....
Intai kami..antara nampak...esok jangan rindu-rinduan...begitulah dendangan Cikgu Faizin merangkap pengacara majlis pada hari ini istimewa buat Kak Rita.
Warga SK Malawa hari ini meraikan Puan Rita sempena perpindahan beliau ke SK Kolombong. Semoga persahabatan berkekalan.












Rabu, 6 April 2016

Mesyuarat Agong PIBG (Pembubaran dan Pelatikan AJK 2016)

Mesyuarat Agung PBG telah dijalankan pada hari Sabtu 2 April 2016. Kedatangan ibubapa amat menggalakkan. Pelbagai perkara telah dibincangkan pihak SKMalawa bersama ibubapa.






Selasa, 5 April 2016

DIALOG PRESTASI LINUS LBM, NUMERASI & LBI (TAHUN 3)

Dialog Prestasi Linus ini telah dikendalikan oleh Timbalan PPDKK, Encik Suhaimi dan rakan sepasukan beliau yang terdiri daripada pegawai Fasilinus LBM, LBI dan Numerasi. Fokus utama dialog ini adalah kepada murid-murid yang masih belum mencapai Konstruk 12 di dalam saringan Linus. Perkembangan murid-murid tersebut menjadi agenda utama di mana segala aspek dibincangkan untuk mencapai solusi yang terbaik. 


Isnin, 4 April 2016

PROGRAM MEMBACA 1 MALAYSIA

Program Membaca 1 Malaysia telah dijalankan pada ketetapan yang sama seluruh Malaysia, iaitu pada jam 10:00 pagi, setiap murid dan setiap guru di seluruh negara menjalankan aktiviti bacaan secara serentak selama 10 minit. Semua guru dan murid-murid SK Malawa telah turut serta menjayakan program.